Tuesday, June 23, 2009

Uish!!!!....sakit hati!!!

Waaaaaa!!!!!!......sakitnya hati!!!!.Itulah kata-kata yang sesuai untuk dikeluarkan sekarang.

Kenapa???

Al-kisah dia macam nih,patik baru sahaja melawat pelbagai jenis blog.Patik nih dah laaa jarang buka komputer.apatah lagi 'menonton' blog orang.Tau-tau sekali 'lawat',hati sakit bak duri-duri durian terkena d hati bahagian 'aorta' patik.Begitu hampa dan sedih hati ini.

Patik baru sahaja melawat blog yang mengatakan murid-murid AL-AMIN kini kian lain daripada yang lain.Lainnya sangat meng'culture shock'kn saya.Bukanlah nak kata murid-murid AL-AMIN tak pernah buat dosa,namun post pemilik blog tersebut benar-benar menunjukkan beberapa yang banyak murid al-amin kurang sopannn.Dalam erti kata lain,KURANG AJAR!!!!!!.Yang lebih menyedihkan lagi,murid-murid tersebut bercakap dengan golongan yang PATIK begitu hormat.Lagi laaa pedih mata membaca.Dahlah mata nih dah memang merah@sakitpn,ditambah lagi dengan perkara tersebut,rasa macam layu je lagi mata nih.

Ehem2...Yeee kamu di situ,Mungkin kamu yang membaca post ini berasa diri kamu baik,soleh,sopann,beradap dengan guru,

Tapiiii,Kitapon kenalah rasa bertanggungjawab or at least rasa bersalah sebab perkara tersebut berlaku.Patikpon bukanlah baik, tidaklah jahat tetapi nakal.Namun kesedaran tetap perlu ada.Patikpon makan nasi,patikpon makan pulut.tuntasnya,Patik menyeru warga al-amin sekalian untuk berkhidmat sebagai kaum muslimin bagi melakukan perubahan yang baik walaupun tindakan itu dilihat seperti sebesar zarah sekalipun.

Firman allah dalam surah al-anfaal ayat 27 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman!,janganlah kamu menghianati allah dan rasul dan janganlah kamu menghianati amanah-amanah kamu sedangkan kamu mengetahui".

p/s:Dah baca tuh janganlah membelakangi seruan nih,Tak baik...

3 comments:

  1. blog sape yg komen murid al-amin camtu??
    macam teruk??
    tolong bgtau le..
    malas le nak cari

    ReplyDelete
  2. yg atas tu pengomen die ana..
    td x sign out adik ana nye..
    just nk bgtau spy xsalah fhmm
    huhu

    ReplyDelete
  3. guru english kelas 4 tiz dulu2....

    ReplyDelete