Salam,
Yeeee,Saya tahu tajuk kali ni agak xtreme buat anda.Namun tidak mengapa.Bak kate cikgu tusyen B.I saya tahun lepas,A good title makes a good attraction.So,saya amalkan apa yang dia ajar.Dalam erti kata lain 'Ah,bace je lah'...
Tanggalal 29 mei,
Hari nih dimulakan dengan majlis hari guru.Untuk pengetahuan semua,Saya KETUA ajk aktiviti.Ulang tulisan...KETUA.saya highlightkn sikit eh,KETUA.Tapi,nothing to be proud ofpn sbenanye sebab it turn out to be disaster bila ketua aktiviti disalah pilih.Nak tau apa jadi,teruskan membaca.
Pagi-pagi lagi cikgu dah berarak masuk pergi tempat majlis hari guru.Masa tuh pukul 7:50 a.m.Spatotnye cikgu-cikgu kumpul pukul 7:30. a.m.So,masa dah lari.Yeeeee,memang salah saya,orang lain tak salah.Lepastuh,ucapan pengerusi majlis bla bla bla sampailah perasmian.Lepas perasmian sepatutnya ada tayangan video,tapi tengok-tengok takde.So,sayalah lagi salah.Lepastuh,setiap tingkatan akan buat persembahan dimulai dengan form 1.'mereka' buat dikir barat.agaks lame ah,tapi okehhh.Nthen,form 2 plap.'mereka' buat lakonan yang diketuai oleh Iskandar (zulkarnain).Tak tau ah okeh ke tak sebab time nih penulis ada hal kat luar,So tak taulah camne.Kemudian,kami rehat sebentar bersama kit kat.
Lepas rehat,form 3 buat persembahan pantun.Orang kata best,Tapi penulis tak tau.Penulis ada hal dengan kump cresendo 2 stgh(wakakaka).Lepastuh,persembahan form 4 tayangan video.Orang kate best.Penulispon rase begitu sebab penulis tengok video tuh.Lepastuh masa persembahan form5,penulis tergelak sorang-sorang jap.Tak tahulah pehal.Persembahan form5 nasyid.Orang kata ntah.Penulis kata no comment,tapi penulis rasa tak best seba....sebab....(lupikirlah sebndiri).
Nthen,Guru lelaki buat persembahan.Agakzzz lame la jugak sampai time tuh penulis tersentak kat P.A system jap sebab tertidur tapi memang best ah.Lepastuh ada duua tayangan video.lepas tayangan video tuh,habislah majlis hari guru (indoor).Lepastuh sepatutnya ada aktiviti outdoor dengan guru,tapi guru lelaki tak nak main sebab letih (kott).So,takdelah aktiviti outdoor.Sekali lagi,memang salah sayaaaaaaaaaaaa.Kemudian,semua banin pergi solat jumaat.Tapi ada orang tuh pergi lambat sebab lepas habis je majlis tuh orang tuh rasa sedih.Tak tahu la pehal tapi yang kelihatan adalah orang tuh menangis menitiskan 3 titis air mata selepas dapat sebuah pesanan ringkas(SMS).
Lepas habis solat jumaaat,Penulis balik sekolah dalam keadaan yang sangat lesu.Sampai-sampai je skola,penulis tengok semua AJK kem asas dah tukar baju kecuali SEORANG.Tengah sedih-sedih,dapat lagi kata-kata pedas.'Weh KB,ko dahlah ajk disiplin tapi tak tukar baju lagi.pekk,kene sbiji.Tapi xpe.Penulispn tukarlah baju.Sampai-sampai je dataran,peserta semua dah kumpul.So,penulispon kasi taklimat pasal peraturan kem asas kat para peserta.Agak panjang jugaklah peraturan tuh.Lepas bagi taklimat bla bla bla.Kami bertolak ke lokasi kem asas tersebut.Sampai-sampai je peserta semua pergi solat n dirikan khemah.Mula-mula penulis 'berlembut' dengan para peserta.sampailah seorang Alumni menegur 'Ana tau nta ada sifat peyayang,tp nta kene tegas sket'.Okeh,peserta terima teguran tersebut.Nthen,Peserta semua dibekalkan dengan beberapa aktiviti.Tepat jam 10:40 p.m.Peserta balik ke rumah menaiki estima yang dibawa oleh bapak penulis.Malam tuh penulis tidur atas katil (Wow,seronoknya).
Tanggal 30 mei,
Pagi dimulakan dengan panggilan ibu,'aqim bgn qim.Siap nak pergi perak'.Penulis keluarkan taik mata terlebih dahulu sebelum mandi pagi.Lepas mandi bertolak pergi perak.Sampai-sampai pergi kamal lounge sebab family penulis nak menetap kat ctu sampai keeseokan harinya.Buat nih buat tuh sampailah pukul 3:00 p.m.Tibalah masanya untuk Khairul Ikram dengan saidahtul Ashikin dinikahkan.Pukul 5 semuanya habis.Penulispon balek ke lokasi kem asas dengan abang penulis.sampai-sampai dah pukul 8:30 p.m.Sampai-sampai terus ambil alih tugas asal.Mlm tuh ada sedikit akt dan malam seni.So,masa malam seni,penulispn buatlah persembahan.Walaupun tak menarik,tapi saat-saat akhir persembahan,para peserta sangat tertarik dengan gimik kami.haha.nak tau ape gimik die,tanyelah peserta kem asas.Malam tuh penulis tak tidur,sebab penulis dah tidur banyak dah dalam kete.So,penulis stay up sampailah keesokan harinya.
Tanggal 31 mei,
Pagi-pagi buta,Para peserta 'diberikan sedikit ubat'(Bak kate sorg tuh laa).Semua AJK 'bagi ubat' kat peserta,Tapi ada dua AJK yang 'menyuapkan ubat tersebut kepada peserta'.Disebabkan 'salah ubat',AJK pula tidak 'diberikan ubat'.hahaha.(bahasa kiasan).Lepastuh,Penulis menjadi sedikit tegas dengan para peserta.Tapi,penulis tahu dalam hati peserta semua cakap 'eleh,abang Kb nih takde pape ah'.Ye saya tahu,Saya penyayang(hahaha),So buat para peserta bersyukur lah dapat Ajk disiplin yang penyayang.Tapi pelaksanaan denda kerap dilakukan oleh penulis.Suara 'besar' penulis mula kedengaran.Ramai yang tidak menyangka suara penulis bole berubah.Seorang cikgu berkata 'Aqim,td tuh yang jerit-jerit tuh suara aqim ke??'.Penulis hanya sekadar memberikan senyuman kepada cikgu tersebut.Penulis juga terkenal dengan Ajk paling aktif dan periang kerana penulis kelihatan seperti monyet yang mendapat air tenaga.(haha).Penulis sering menghidupkan malam dengan api(haha).
Dikala tibanya saat untuk pulang,penulis tidur tersengguk-sengguk di dalam bas.Kawan penulis hanya sekadar menggelakkan telatah penulis(kurang asam btol)..Sampai je skola,penulis menyeru semua peserta ke dataran.Namun sebelum itu,Penulis cepat-cepat mencampakkan wisel yang digunakan sewaktu kem tersebut kerana penulis menglamai trauma apabila melihat wisel.Kemudian,penulis memberi taklimat kepada para peserta.Selepas itu,Para peserta pergi menunaikan solat fardhu asar di masjid sekolah.Ketika 'mereka' semua pergi solat,penulis singgah menunaikan hajat dengan membawa parang di pinggang.Kemudian penulis duduk rileks di bawah khemah depan pejabat kerana penulis sedang dalam keadaan bermusafir (so,dah jama' qasar dah awl2).Kemudian penulispn pulang ke rumah.
So,itulah kisah penulis untuk kali ini.Tapi sebelum itu,Penulis menyusun 5 jari (lg sbelah tgn saket,tkleh pakai 10 jari) memohon maaf kepada semua yang terlibat dengan majlis hari guru dan kem asas sekiranya komitmen yang diberikan oleh penulis tidak memuaskan (memg terokpn).Untuk pengetahuan semua,ketika itu penulis sangat sibuk dengan urusan rumah tangga,so maafkanlah saya.
Buat adek-adek form 1,Maafkan abg Kb kalu terasa denda yang diberikan terlampau banyak dan susah nak dilakukan,Untuk kebaikan adek-adek jgk eh denda-denda tuh,tp atleast tiada yang menangis didenda ek..hahaha(memaen jeee).
salam....
Not Important
7 years ago
No comments:
Post a Comment