salamzzz,..
Bersua kembali di blog ana yang serba 'lawa' ini (tq2)...
Sedikit kisah ingin dikongsi dengan anda semua,di mana kisah ini ana lalui sendiri.Mudah-mudahan kita dapat ambil iktibar.
Pada suatu hari sabtu yg sudah lepas,
Ana ingin membeli sebuah no.celcom baru (s.o.x) untuk berkomunikasi dengan lebih kerap dengan sahabat-sahabat.
Oleh itu,seorang ahli andalus telah membawa saya ke kedai 'handphone' di sekitar greenwood untuk membeli no. yang saya idamkan.
Memandangkan nak no. s.o.x.,banyak la information yang perlu diisi di dalam borang untuk mendaftarkan diri sebagai pengguna s.o.x yang sah.
Sambil mengisi borang tersebut,ana lihat keterampilan orang yang jaga kedai 'handphone' tersebut.Rambutnye cacak-cacak seperti seekor cicak,diwarnakan rambutnye dengan warne ala-ala kuning,Memakai seluar jeans,bj hitam,dan sebatang rokok terselit diantare jari tengah dan jari telunjuk tangan kanan beliau.
Lalu ana cuba berhusnuzon dengan beliau,tapi tidak terkesampaian kerana imej beliau sudah mempengaruhi ana untuk bersangke buruk kepada beliau.Maha suci allah,setiap masa hamba-hambanya diuji.tidak dengan kesusahan,dengan kesenangan.
firman allah dalam surah al-anbiya' ayat 35 yang bermaksud:
'Setiap yang bernyawa akan merasaka mati.Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan.Dn kamu akan dikembalikan hanya kepada kami'
Lepas dah habis isi borang,baru terfikir..(bile luput ah no. nih)..Ana bertanyakan soalan tersebut kepada ahli andalus tersebut.
Ana:"Eh,no. s.o.x. ni bile luput ek?'....
Ahli andalus: "Entah,cube la tanye abang tuh'(abg kedai phone)
Oleh itu,anapun menujukan soalan tersebut kepada abang kedai phone tersebut...
Ana:'Bang,No. s.o.x. saya ni bile luput ek?'
Abang:(dengan tersengih-sengih die jwb) 'Sampai.......kiamat kot.hehe'..'Ko skrg umur brape?'
Ana:'Tahun ni 16'
Abang:'kira la brape tahun sampai ko umur 25 tahun'
Ana:'ouuuuhh..kirenye tahun 2020 la baru luputt'
Abang:'Haaaa....(dengan tersengih-sengih) sampai kiamat la tuh'
Ana:'yo yo oooo je kiamat 2020'
Abang:'Eh, kiamat memang dah tak lame dah..Banyak dah tanda-tanda kiamat'.
Firman allah dalam surah an-nahl ayat 18 yang bermaksud:
"Dan jika kamu menghitung nikmat allah,nescaya kamu tidak akan dapat menentukan bilangannya"
Memang betul la ayat tuh.Tanpa sedari,ada nikmat yang allah berikan kepada kita tapi tidak kepada orang lain dan ada pula nikmat allah beri kepada orang lain tetapi tidak kepada kita.Maha suci allah,yang memiliki arash yang tinggi.Dialah yang mengetahui segala sesuatu.Dialah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.
Nikmat yang kita tidak sedari dimiliki kita ialah nikmat "kesedaran".Sesetengah orang lambat 'sedar' dan ada sesetengah orang cepat 'sedar'.Tapi,alangkah risaunya ana kalau allah telah memberi nikmat ilmu kepada ana tetapi tidak mempunyai tahap 'kesedaran' yang tinggi.Risau sekiranya kita menjadi orang yang fasik (nauzubillah min zalik)
Ilmu dah ada,dah padat,dah boleh 'survive' di 'jalan yang betul'.Tapi alangkah sedihnye,kita tidak mengamalkannya.Seolah-olah 'memetik gitar yang tidak mengeluarkan sebarang not'.
Sebagai contoh,Abang tadi tahu kiamat memang dah dekat dan ana tau diapun takdelah sedungu-dungunya bab agama.Ilmu tuh dah ade.Tapi die memilih untuk merosakkan dirinya dengan rokok,mengkotorkan dirinya dengan rambut yang tidak boleh disucikan dengan air wudhu' daripada menggunakan ilmunya untuk menyumbang kepada islam.
Wallahualam...
Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan mereka yang beriman,yang dikurniakan allah nikmat-nikmat yang tiada tolok bandingnya dengan material-material di muka bumi ini.
Salamzzz
Not Important
7 years ago
No comments:
Post a Comment