Friday, May 1, 2009

Hari???

Kembali ke alam siber sebentar....

Assalamualaikum....

Satu cerita buat teman-teman di luar sana...

Pada suatu hari jumaat (hari ni)
Ku bangkit dari tidur jam 8 pagi (punya lah lambat),
Namun ku telah bangkit sebentar sebelum itu untuk menunaikan solat fardhu subuh,
Kemudian,Ku tenung ke arah mejaku yang berselerak sebentar sebelum melihat jam tanganku.
Jam menunjukkan jam 8:05 pagi,
Dengan hati yang ikhlas,
Ku sambung tidurku sebentar (Lenaku dalam bahagia)

Pap!!!!,
Terjatuhnya satu objek ke lantai bilikku,
Tengok-tengok pen jatuh (bia je lah)
Kemudian,Semakhluk makhluk telah menelefonku,
Makhluk tersebut meminta supaya ku membawa raket tennis beserta tabung wafdul amin ke UIA,
Lalu ku menurut saja kata makhluk itu.

Ku menunaikan mandi pagi jam 9 pagi,
Lalu ku bersarapan dengan dua gelas susu marigold yang belum basi,
Kemudian,ku menonton tv buat sementara waktu bagi menghiburkan hati
Jam menunjukkan jam 10 pagi seketika ku sampai di gelanggang bola keranjang dengan menaiki kereta harrier,
Lalu,Ku 'main-main' shoot sementara tunggu kawan-kawanku tiba

Selepas bosan bermain,Kami mengadakan sedikit pertandingan 'free throw',
Dan peserta-pesertanya:1) Bandi
2) Zairol
3) Amir
4) Kb
Siapa yang terawal menjaringkan 20 jaringan 'free throw' digelar pemenang
Dan keputusannya cukup memberangsangkan (Takyah cakap ah sape menang..haha)
Selepas itu,Ku menuju ke tandas stadium UIA untuk 'membersihkan' diri.

Selepas menunaikan mandi pagi buat kali kedua,
Saudara zairol melihat seorang warga asing mandi di kolam renang stadium tersebut,
Beliau berasa cemburu kerana beliau teringin untuk mandi di kolam renang tersebut,
Lalu beliau mengajak kami untuk mandi di kolam renang tersebut.

Setibanya kami di kolam renang tersebut,
Warga asing tersebut telah beredar,
Tinggallah kami berempat di kolam tersebut (wow,Seronoknya!!)
Masing-masing menunjukkan bakat masing-masing di kolam tersebut.
Kemudian,Selepas bosan berenang,
Kami teringin untuk 'dive' ke kolam tersebut melalui tempat 'diving' yang telah disediakan.

Bandi telah melakukan 'dive' dengan cukup baik,
Lalu,ku mencuba untuk melakukan dive seperti Bandi,
Ternyata ku tidak mahir lagi,ku menjatuhkan kaki dahulu sebelum tangan,

Lalu Amir menegurku: 'Ko jgnlah jatuhkan kaki dulu'

Lalu Amir pula mencuba,
Ternyata KAMI KEMBAAAARRR kerana beliaupun samee jeee macamku...

Lalu,Zairol pula mencuba,

Pap!!!!

'Aduh sakit!!!...Weh,Pedih aaaa' Zairol mengerang kesakitan

Rupa-rupanya ketika beliau hendak dive,
Beliau telah terlanggar pelampung yang keras yang telah disediakan oleh Bandi (hahaha),
Lalu lebamlah Kaki beliau

Lalu ku mencuba untuk kali kedua,
Sebelum itu,Amir telah mengingatkan pesanan yang sama seperti tadi,
Kemudian ku terjun.....

PRAAKKKK!!!!

'hahahaha,Weh saket dowh....Hahaha,Pedih aaaa....hahaha,Sakit dowh pinggang aku' Ku mengerang dengan gembira..

Lalu,teman-temanpon turut ketawa melihat ku dive dengan menjatuhkan badan dahulu,
Mereka berkata,Aku seperti sedang membuat terjunan dari langit.
Pedihnyaaa!!!!!,Patah pinggangku dibuatnya....
Laporan kesihatan adalah seperti berikut selepas mandi di kolam renang:

1)Zairol : Lebam kaki
2)Amir : Luka tangan
3)KB : Pedih pinggang
4)Bandi: -

Begitulah peristiwa yang cukup menarik pada suatu jumaat.
So,Moral of the story:
1) Jangan dive like your heart
2) Elakkan kecederaan selagi mampu
3) Jangan buat hal hari jumaat

Renung-renungkan dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment