Muzik merupakan salah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan khas untuk hamba-hambanya yang bersyukur.Segolongan manusia menganggap muzik ini hanyalah agen-agen perosak fikiran dan akal manusia.Terdapat juga golongan yang menganggap muzik sebagai sumber inspirasi dan pemangkin manusia untuk terus hidup.
Bagi diri saya,ilmu Muzik merupakan anugerah yang diberikan Allah untuk hamba-hambanya yang beriman.Ilmu Muzik merupakan salah satu nikmat Allah khususnya bagi orang-orang yang beriman sebagai rezeki dan perhiasan di alam dunia ini.Walaupun ada yang mengatakan muzik ini antara perkara yang membawa kepada azab neraka,pendapat itu didapati salah buat beberapa tokoh Islam yang berwibawa.
Ilmu Muzik ini mula ditemui dari zaman Pythagoras (yunani) ,Tetapi yang mencipta not-not lagu ialah sarjana Islam sendiri,Yang paling awal ialah Abu Yusof al-Kindi (Meninggal 873M).Kemudian muncullah Abu Nasr Muhammad al-Farabi (Wafat 950M).Beliau digelar sebagai tokoh muzik dunia dengan menghasilkan banyak tulisan agung dalam seni muzik.Antaranya ialah Kitab alMuziqi alKabir (Kitab Muzik Agung), Kitab alIlmu alMuziqi (Kitab ilmu Muzik) dan Kitab alMadkhal fi Taalim alMuziqi (Kitab pengantar ilmu Muzik).
Segolongan manusia tidak bersetuju dengan asal-usul muzik yang telah disebut tadi.Sekelompok manusia mempercayai bahawa ilmu muzik bermula dan dikembangkan oleh orang kafir di barat.Bagi saya,itu hanyalah bohongan semata-mata kerana alat muzik bertali gitar berasal dari negara islam sepanyol pada zaman dahulu.Walaupun rupa alat muzik gitar zaman kini tidak serupa dengan gitar yang berada sekarang,asasnya dicipta oleh tokoh islam yang berada di sepanyol ketika pemerintahan islam di sepanyol.
Segolongan orang islam berpendapat bahawa hukum seni muzik ialah haram.Pada asalnya,hukum bagi seni muzik ialah harus kerana ia adalah fitrah manusia yang sukakan keindahan dan hiburan.Keharusan seni muzik bertukar menjadi makruh atau haram jika isi,senikata,lirik, dan motif yang bertentangan dengan adab dan susila islam.Turut menyumbang kepada perubahan hukum seni muzik ialah cara penyampaiannya,dan suasana ketika disampaikan muzik tersebut.
Seni muzik tertakluk dibawah kelulusan Ilahi yang bersifat umum yang diisytiharkan dalam surah Al-A’raf ayat 32.Allah berfirman dalam ayat tersebut yang bermaksud katakanlah (Muhammad), “Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah disediakan untuk hamba-hambanya dan rezeki yang baik-baik?.” Katakanlah, “Semua itu untuk orang-orang yang beriman dalam hidupan dunia,dan khusus (untuk mereka saja) pada hari kiamat.Demikianlah kami menjelaskan ayat-ayat itu unutk orang yang mengetahui.Itulah gambaran umum muzik secara umum.
Pendapat saya tentang perkara tersebut ialah Hadith tersebut merujuk kepada khamr (
Tuntasnya,saya berpendapat bahawa ilmu seni muzik ini berasal dan dicipta oleh tokoh-tokoh islam sendiri.Saya juga berpendapat bahawa hukum bagi seni muzik adalah harus dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan islam.
(Salah bahasa,salah fakta...tegur sile ye)
salam, saya ambil artikel tentang muzik ini ya. Nak tahu sejarah muzik. TQ
ReplyDeleteokeh..
ReplyDelete