Monday, February 23, 2009

Quality team....

assalamualaikum.....

Now or never...
Itulah kata-kata Troy Bolton sebelum menang match basketball terakhirnya...

Dengan semangat yang kental,
Team basketball MSSD u-15 sudah dibentuk.....
Latihan sudah seringkali diadakan...
Semua ahli pasukan mengeluarkan keringat (Busukzzz punyee)

Namun,..........
Posisi belum ditetapkan lagi....

Formasi telah dicipta,
namun masih belum dipraktikkan lagi...

Jersi ahli pasukan belum ditentukan lagi nombornya

Team U-15:
-Nawi
-hafidz
-al-hafiz
-zakuan
-Asyraf
-Suhail shirajuddin (SUSHI...haha)
-Luqman
-kutub
-Hakim
-Aqlan

Last but not least....KBZZZ


All starzzz u-15:
-Al-hafiz
-Nawi
-Hafidz
-Zakuan
-Kbzzz

Captain:Kbzzz
Vice-captain:Hafidz

Itulah sedikit sebanyak tentang pasukan yang baru ini...

Doakan segalanya berjalan dengan lancar untuk kami...

salamzzz...
Chowzzz.....

Friday, February 20, 2009

Takdir penentu.....

Di keheningan malam yang seram dan suram,......

Ku terjaga dari lenaku,......
Waktu tidak ku kenal pasti selepas bangun dari tidur....
Namun,
Apa yang pasti....phone baru w980i ku berbunyi...bukan nada dering dan bukan pula pesanan ringkas..
Tetapi,Pesanan dering...Pesanan dering tersebut mengeluarkan suara yang sumbang...Aku menanyakan diri sendiri 'sape nyanyi tuh??,sumbang gle'...Rupa-rupanya
recording jammin' ku semalam.Sungguh perit hati ini mendengarnya...

Ku menyelak phone tersebut untuk membaca mesej yang cuba disampaikan kepadaku...
Mesej tersebut berbunyi seperti berikut:

'Woi KB,ko dah siap nota bio??'......

Tanpa membalas mesej tersebut,ku lelapkan mata ini dengan rekod 10 saat dah tidur mati...

Pagi tersebut ku'absent' daripada sekolah....
akibatnya,Aku ketinggalan jauh di tengah dalam subjek fizik dan juga kimia...
Menyesal tak sudah 'absent'kan diri...

Kini,
ketinggalanlah aku di dalam subjek-subjek tersebut..

: (

Thursday, February 19, 2009

first official post......

Assalamualaikum,

Sudah suratan yang maha esa...

Itulah yang boleh ku katakan bagi sesiapa yg mempertikaikan blogku ini....
Sedikit pengenalan tentang diri...

Nama diberi oleh ibu bapa adalah Khairul mustaqim b. kamarul bahrin....
Manakala nama diberi oleh kawan2 adalah KB...Nama tersebut tidak boleh dipertikaikan lagi,kerana sudah menjadi tabiat orang2 kampung untuk memanggil aku dengan nama tersebut...

Hobi adalah seperti yang tertera dalam karangan bahasa arabku iaitu bola keranjang...Bukan bermain bola keranjang,tetapi melihat orang bermain bola keranjang

Cita-cita tidak lain,tidak bukan dan tidak asing lagi iaitu mendirikan rumah tangga pada umur 24 tahun...

Sekolah di Sekolah menengah islam al-amin yang berada di gombak sana....

Minuman kegemaran susu....Susu lembu australia paling enak setakat ini...

Berjawatan sebagai hamba,anak,pelajar,abang dan suami(10 tahun akan datang insyaallah).......

Itulah sedikit pengenalan tentang diriku ini.....

: )

Sunday, February 15, 2009

Asal usul muzik dan hukumnya (Kb version)

Muzik merupakan salah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan khas untuk hamba-hambanya yang bersyukur.Segolongan manusia menganggap muzik ini hanyalah agen-agen perosak fikiran dan akal manusia.Terdapat juga golongan yang menganggap muzik sebagai sumber inspirasi dan pemangkin manusia untuk terus hidup.

Bagi diri saya,ilmu Muzik merupakan anugerah yang diberikan Allah untuk hamba-hambanya yang beriman.Ilmu Muzik merupakan salah satu nikmat Allah khususnya bagi orang-orang yang beriman sebagai rezeki dan perhiasan di alam dunia ini.Walaupun ada yang mengatakan muzik ini antara perkara yang membawa kepada azab neraka,pendapat itu didapati salah buat beberapa tokoh Islam yang berwibawa.

Ilmu Muzik ini mula ditemui dari zaman Pythagoras (yunani) ,Tetapi yang mencipta not-not lagu ialah sarjana Islam sendiri,Yang paling awal ialah Abu Yusof al-Kindi (Meninggal 873M).Kemudian muncullah Abu Nasr Muhammad al-Farabi (Wafat 950M).Beliau digelar sebagai tokoh muzik dunia dengan menghasilkan banyak tulisan agung dalam seni muzik.Antaranya ialah Kitab alMuziqi alKabir (Kitab Muzik Agung), Kitab alIlmu alMuziqi (Kitab ilmu Muzik) dan Kitab alMadkhal fi Taalim alMuziqi (Kitab pengantar ilmu Muzik).

Segolongan manusia tidak bersetuju dengan asal-usul muzik yang telah disebut tadi.Sekelompok manusia mempercayai bahawa ilmu muzik bermula dan dikembangkan oleh orang kafir di barat.Bagi saya,itu hanyalah bohongan semata-mata kerana alat muzik bertali gitar berasal dari negara islam sepanyol pada zaman dahulu.Walaupun rupa alat muzik gitar zaman kini tidak serupa dengan gitar yang berada sekarang,asasnya dicipta oleh tokoh islam yang berada di sepanyol ketika pemerintahan islam di sepanyol.

Segolongan orang islam berpendapat bahawa hukum seni muzik ialah haram.Pada asalnya,hukum bagi seni muzik ialah harus kerana ia adalah fitrah manusia yang sukakan keindahan dan hiburan.Keharusan seni muzik bertukar menjadi makruh atau haram jika isi,senikata,lirik, dan motif yang bertentangan dengan adab dan susila islam.Turut menyumbang kepada perubahan hukum seni muzik ialah cara penyampaiannya,dan suasana ketika disampaikan muzik tersebut.

Seni muzik tertakluk dibawah kelulusan Ilahi yang bersifat umum yang diisytiharkan dalam surah Al-A’raf ayat 32.Allah berfirman dalam ayat tersebut yang bermaksud katakanlah (Muhammad), “Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah disediakan untuk hamba-hambanya dan rezeki yang baik-baik?.” Katakanlah, “Semua itu untuk orang-orang yang beriman dalam hidupan dunia,dan khusus (untuk mereka saja) pada hari kiamat.Demikianlah kami menjelaskan ayat-ayat itu unutk orang yang mengetahui.Itulah gambaran umum muzik secara umum.

Ada segolongan manusia yang berpegang kepada sebuah hadith yang mengatakan bahawa akan ada suatu hari nanti sesuatu yang pd hakikatnya tidak boleh tetapi telah ditukar hukumnya sehingga telah dianggap boleh oleh masyarakat pada waktu itu.

Pendapat saya tentang perkara tersebut ialah Hadith tersebut merujuk kepada khamr (Arak) bukannya Muzik.Fuqaha’ terdahulu (Ahli ilmu fiqh) telah membenarkan seni muzik bila ada tujuan yang sesuai dan munasabah dan menegahnya bila ada unsur luaran yang melanggar syariah islam.Demikianlah pendapat saya tentang asal usul muzik dan hukumnya.

Tuntasnya,saya berpendapat bahawa ilmu seni muzik ini berasal dan dicipta oleh tokoh-tokoh islam sendiri.Saya juga berpendapat bahawa hukum bagi seni muzik adalah harus dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan islam.


(Salah bahasa,salah fakta...tegur sile ye)