Friday, December 17, 2010

Madrasatul Hayah Ikram..(MHI)


MADRASATUL HAYAH - IKRAM 2010
(MHI '10)

~ TERBUKA KEPADA PARA PELAJAR LEPASAN SPM '10 DI SELURUH MALAYSIA ~
..JUGA TIDAK TERKECUALI PELAJAR LEPASAN STPM & STAM '10..


Tarikh:

25 Dis 2010 – 22 Jan 2011

(29 hari)


Tempat:

KEM ULU TAMU

&

KEM LEMBAH GENTING,

BATANG KALI, SELANGOR




Anjuran Bersama:

Pemuda IKRAM Selangor

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia

(JIM IPT Pusat)

Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia

(KARISMA Nasional)


Yuran
RM400 sahaja untuk 29hari!
(tidak termasuk yuran Road to Nusantara)


Objektif Program:
1. Melahirkan muslim yang mempunyai 10 muwasofat tarbiyah (sifat-sifat tarbiyah) terutamanya dalam aspek aqidah, ibadah dan akhlak.

2. Memberi penjelasan dan bantuan kepada para peserta untuk memahami matlamat kehidupan sebenar sebagai hamba dan khalifah ALLAH.

3. Mendedahkan para peserta dengan kemahiran ‘self development’ dan ‘life skills’.

4. Melahirkan kepimpinan pelajar IPT seterusnya kepada agama dan negara yang bertaqwa, berkemahiran tinggi, dinamik dan berketerampilan.

5. Merealisasikan perkongsian ilmu serta pengalaman sesama tokoh masyarakat, pakar motivasi, ahli profesional, asatizah dan fasilitator dengan para peserta.

6. Menjalin dan memperkukuhkan ukuwwahfillah sesama para peserta dan komiti.

7. Memberi pendedahan kepada halatuju bidang pekerjaan yang bersesuaian dengan para peserta.


Apa Menarik di MHI '10??!
1. Melebihi 20 topik pengisian kefahaman Islam!
2. Sebanyak 14 topik pengisian pembangunan kemahiran diri (skills development) & organisasi!
3. Sebanyak 12 aktiviti luar & lasak!
4. Sebanyak 3 slot untuk English Language class (seminggu sekali)!
5. Pendedahan course & carier untuk kebaikan masa depan para pelajar!
6. Pendedahan memasak kepada semua peserta setiap hari!
7. Nikmat keindahan taqwa & ukhuwwahfillah yang tidak ternilai!
8. Para peserta berpeluang untuk menyertai Road To Nusantara (optional dgn tambahan yuran)!


Jangan lepaskan peluang,
peserta adalah untuk 100 orang sahaja!!



Berminat? Sila hubungi untuk sebarang pertanyaan:
KHAIRUL - 013 3554342

IBRAHIM - 013 2371495

SHAHRUL AMAN - 019 2406350

WAN FAUZIAH - 019 3374400

Atau emailkan borang yang dilampirkan berikut ke:
madrasatulhayahikram@gmail.com

Atau klik link berikut untuk pendaftaran online:
http://mhi2010.blogspot.com/2010/12/borang-pendaftaran-mh-i-201011.html

SEBELUM 20 Disember!


--
"The Best Motivator Is ALLAH, None Except HIM"


*P/S: Boleh Daftar sendiri ye kawan-kawan..: )

Friday, June 25, 2010

Bila takde kerja..

Salam,
Merujuk perkara di atas.Ni post bagi 'hidup'kn kembali blog yg dh nyawa-nyawa ikan ni.



Cnie tempat memberi komen.Bagi la komen yang membina.

Saturday, February 6, 2010

Di atas nama cinta..

Salamzzz,




Memandangkan kekurangan kerja hari ini.'dengarlah' video ini..original: Di atas nama cinta by UNIC..

genre:Nasyid.

Salamzzz.

Friday, February 5, 2010

Dunia akhir kiamat....

salamzzz,..

Bersua kembali di blog ana yang serba 'lawa' ini (tq2)...

Sedikit kisah ingin dikongsi dengan anda semua,di mana kisah ini ana lalui sendiri.Mudah-mudahan kita dapat ambil iktibar.

Pada suatu hari sabtu yg sudah lepas,
Ana ingin membeli sebuah no.celcom baru (s.o.x) untuk berkomunikasi dengan lebih kerap dengan sahabat-sahabat.

Oleh itu,seorang ahli andalus telah membawa saya ke kedai 'handphone' di sekitar greenwood untuk membeli no. yang saya idamkan.

Memandangkan nak no. s.o.x.,banyak la information yang perlu diisi di dalam borang untuk mendaftarkan diri sebagai pengguna s.o.x yang sah.

Sambil mengisi borang tersebut,ana lihat keterampilan orang yang jaga kedai 'handphone' tersebut.Rambutnye cacak-cacak seperti seekor cicak,diwarnakan rambutnye dengan warne ala-ala kuning,Memakai seluar jeans,bj hitam,dan sebatang rokok terselit diantare jari tengah dan jari telunjuk tangan kanan beliau.

Lalu ana cuba berhusnuzon dengan beliau,tapi tidak terkesampaian kerana imej beliau sudah mempengaruhi ana untuk bersangke buruk kepada beliau.Maha suci allah,setiap masa hamba-hambanya diuji.tidak dengan kesusahan,dengan kesenangan.

firman allah dalam surah al-anbiya' ayat 35 yang bermaksud:

'Setiap yang bernyawa akan merasaka mati.Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan.Dn kamu akan dikembalikan hanya kepada kami'

Lepas dah habis isi borang,baru terfikir..(bile luput ah no. nih)..Ana bertanyakan soalan tersebut kepada ahli andalus tersebut.

Ana:"Eh,no. s.o.x. ni bile luput ek?'....

Ahli andalus: "Entah,cube la tanye abang tuh'(abg kedai phone)

Oleh itu,anapun menujukan soalan tersebut kepada abang kedai phone tersebut...

Ana:'Bang,No. s.o.x. saya ni bile luput ek?'

Abang:(dengan tersengih-sengih die jwb) 'Sampai.......kiamat kot.hehe'..'Ko skrg umur brape?'

Ana:'Tahun ni 16'

Abang:'kira la brape tahun sampai ko umur 25 tahun'

Ana:'ouuuuhh..kirenye tahun 2020 la baru luputt'

Abang:'Haaaa....(dengan tersengih-sengih) sampai kiamat la tuh'

Ana:'yo yo oooo je kiamat 2020'

Abang:'Eh, kiamat memang dah tak lame dah..Banyak dah tanda-tanda kiamat'.

Firman allah dalam surah an-nahl ayat 18 yang bermaksud:

"Dan jika kamu menghitung nikmat allah,nescaya kamu tidak akan dapat menentukan bilangannya"

Memang betul la ayat tuh.Tanpa sedari,ada nikmat yang allah berikan kepada kita tapi tidak kepada orang lain dan ada pula nikmat allah beri kepada orang lain tetapi tidak kepada kita.Maha suci allah,yang memiliki arash yang tinggi.Dialah yang mengetahui segala sesuatu.Dialah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.

Nikmat yang kita tidak sedari dimiliki kita ialah nikmat "kesedaran".Sesetengah orang lambat 'sedar' dan ada sesetengah orang cepat 'sedar'.Tapi,alangkah risaunya ana kalau allah telah memberi nikmat ilmu kepada ana tetapi tidak mempunyai tahap 'kesedaran' yang tinggi.Risau sekiranya kita menjadi orang yang fasik (nauzubillah min zalik)

Ilmu dah ada,dah padat,dah boleh 'survive' di 'jalan yang betul'.Tapi alangkah sedihnye,kita tidak mengamalkannya.Seolah-olah 'memetik gitar yang tidak mengeluarkan sebarang not'.

Sebagai contoh,Abang tadi tahu kiamat memang dah dekat dan ana tau diapun takdelah sedungu-dungunya bab agama.Ilmu tuh dah ade.Tapi die memilih untuk merosakkan dirinya dengan rokok,mengkotorkan dirinya dengan rambut yang tidak boleh disucikan dengan air wudhu' daripada menggunakan ilmunya untuk menyumbang kepada islam.

Wallahualam...

Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan mereka yang beriman,yang dikurniakan allah nikmat-nikmat yang tiada tolok bandingnya dengan material-material di muka bumi ini.

Salamzzz

Tuesday, December 22, 2009

4 weeks..(nickname)

Salamzzz,

hmmmm,sudah berabad tk update blog nih.

Insyallah post kali ni simple @ pimple je..

Di rumah,ANDA panggil saya aqim..

Di sekolah,ANDA panggil saya KB..

Di court basketball s'wangsa,ANDA panggil saya Mus..

Di mulut orang yang sopan-sopan sikit,ANDA panggil saya Khairul..

Di depan ayah saya,ANDA panggil saya Mustaqim..

hehe..

Semua nama2 timangan tersebut ANDA gunakan untuk berhubung dengan saya..

Hhmmm,Nak luah perasaan sikit ni..

Tiada satupn nama timangan tersebut saya tidak suka..

Tetapi,

agak memeningkan kepala bila saya ada banyak nama timangan..

Seolah-olah saya kehilangan identiti diri (haha,ayat tk bleyh bla)

untuk mendorong saya supaya tinggi keyakinan diri,

Saya mengharapkan anda semua memanggil saya dengan hanya satu nama timangan,

Selepas sudah fikir masak-masak dan main masak-masak,Saya memilih AQIM sebagai nama timangan selaras saya.

So,from now on.my nickname is aqim.

Whether you think it's sound so manja or so cute..

You..eh salah2..we cannot change the fact because that's my nickname since i'm a baby..(not Ba*i ok)

So,tuan2 dan puan2..Abah,mak,guru-guru,kawan-kawan,sahabat-sahabat,anak usrah-anak usrah,girlfriend-girldfriend(hehe),makcik-makcik dan pakcik-pakcik.

Saya memohon agar anda semua boleh mencuba sedaya upaya untuk menyeru saya dengan nama timangan AQIM.

tiada paksaan,cuma harapan.

Ye2,bukan senang nak panggil saya dengan nama baru setelah sekian lama panggil saya KB,khairul,Abang KB dan sebagainya.

Namun harapan saya agar anda semua boleh melaksanakan harapan saya.

Allah berfirman dalam surah al-hujurat ayat 11 yang bermaksud (potongan ayat) :

"Dan janganlah kamu panggil memanggil antara satu dengan lain dengan gelaran yang buruk"

Hmmmm,tiada kena mengenapn tapi sekadar renungan bagi kita semua yang memanggil kawan-kawan kita seperti pendek,panjang,kurus,gemuk,hodoh,hensem..eh2,hensem baik.

Wallahualam,yang baik datang daripada allah yang buruk datang daripada diri ana sendiri.

Salamzzz